Completed Project – Perumahan Penjawat Awam Malaysia PPAM@Melinjau, Putrajaya
PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama. Objektif Perumahan Penjawat Awam Malaysia Jabatan Perumahan Negara PPAM (PPAM) ini adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.
“Sebagai satu kumpulan dalam masyarakat yang begitu banyak peranan dan juga kepada pembangunan negara, wajar untuk penjawat awam duduk di kediaman yang selesa dan aman”.